salah ke pakai baju besar? bukan lagi elok ke?
Posted on Tuesday, August 28, 2012 at 5:08 AM

hey assalamualaikum ツ straight to the point je lah kan. seperti tajuk di atas "salah ke pakai baju besar? bukan lagi elok ke?" aku sangat tak suka nak cerita pasal benda ni. aku nak tanya kau orang lah kan. salah ke pakai baju yang bersaiz besar?kelakar sangat ke? for me lagi elok apa. actually tak ada lah nampak bentuk badan kan.

hari tu time kat kampung aku siap-siap nak keluar dengan kakak saudara aku. aku dah siap tiba-tiba cousin lelaki aku tegur aku. dia cakap "weh besar gila baju kau? dah macam baju tidur." aku sentap gila time tu. aku terus keluar rumah dan buat tak tahu dengan ape yang dia cakap. dalam hati aku hina sangat ke pakai baju besar?

dari sini kau orang dah boleh tahu lelaki ni baik atau tak? aku tak cakap dia tak baik pun. tu antara dia dengan tuhan lah. sampai sekarang aku tak suka dengan apa yang dia cakap. aku perempuan dan aku rasa tak patut seorang lelaki cakap macam tu.

p/s: kepada wanita-wanita di luar sana pakai lah pakaian yang betul-betul menutup aurat. demi kebaikan diri sendiri ツ



Aku bukan orang baik aku cuma nak berubah untuk menjadi yang lebih baik.

0 Comment:


Post a comment
« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 ATIQ KHALISYAH.
Design by Amer Izzat & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.