Tolongku Ya Allah ≡
Posted on Tuesday, February 5, 2013 at 9:26 PM
"Ya Allah anugerahkanlah aku sebuah tangisan yang lahir atas cintaku hanya pada-Mu, sungguh aku rindu pada tangisan menghadap-Mu" Bismillahirahmanirahim, Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan. Bantulah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam. Bantulah aku ya Rahman. Mungkinkah suatu hari nanti, dengan kasih sayangMu, aku dapat meninggalkan dosa-dosa yang aku lakukan kini? Dengan rahmat dan kasihan belasMu, aku dapat melaksanakan tanggungjawab ku kepadaMu? Mungkinkah, sedangkan aku selalu membelakangkanMu? Ya Allah.. Ampunkanlah aku. Hapuskanlah dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini dan terima kasih ya Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku inilah akhirnya yang mengingatkan diriku kembali, betapa kerdilnya diri ini. Aku nekad. Allah memberikan aku jalan pulang tanpa ku menyedarinya. Kebaikan ini akan ku gunakan sebaiknya. Semoga Allah berikanku kekuatan untuk mendekati jalan-jalan keredhaanNya. Semoga langkah ini sentiasa istiqamah mengharap mardhatillah yang Esa. Sungguh Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pada hambaNya. Hanya aku sahaja yang kurang menyedarinya. "Ya Allah, pimpinlah diriku agar sentiasa di dalam hidayahMu" |
|
0 Comment:
Post a comment