untukmu sahabat :)
Posted on Sunday, January 27, 2013 at 11:50 PM

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. 



Dalam terus melangkah, 

Diri ini kadang-kadang tersungkur, 

Kehidupan hakikatnya mengajar manusia tentang banyak perkara. 



Sedih bila kita berjalan atas jalan tarbiyah sorang2. Teman tidak mahu ikut serta. Rasa macam pentingkan diri sendiri. Seolah-olah nak selamatkan diri sendiri seorang je dan tak pedulikan orang lain. 

Sahabat, jujur saya katakan ada waktunya malas itu datang bersarang. Malas melangkah di jalan tarbiyah. Tapi awak dan saya kena ingat, jalan tarbiyah itu jalan sukar tapi pulangan dia sangat menguntungkan. Awak kata awak nak berubah tapi jika jalan tarbiyah pun awak berat untuk melangkah, macam mana nak datang kekuatan untuk berubah itu. Jujur saya katakan saya sayang awak sebagai sahabat saya. Saya nak awak jadi sahabat saya bukan di dunia sahaja tetapi di jannah juga, Insha Allah.Saya bimbang jika hidayah ini awak cuba tepiskan, saya bimbang hidayah itu akan datang kembali hanya saat bila ajal datang bertamu. Minta dijauhkan semua itu. Amin. 

Ayuhlah, sahabat. Kita kuatkan sesama sendiri untuk terus kekal di jalan tarbiyah ini


Kata-Kata Hikmah Imam Syafie

"Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati. Namun apabila giliran aku susah, mereka pun bertepuk tangan."

Bersahabat itu biar selamanya. Janganlah menjadi sahabat di duniawi tetapi menjadi musuh di ukhrawi.

0 Comment:


Post a comment
« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 ATIQ KHALISYAH.
Design by Amer Izzat & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.