Kawan.......aku sayang kamu ≡
Posted on Wednesday, July 3, 2013 at 5:34 AM
Kawan Jangan Biarkan Dirimu
Seperti Rama-Rama
Cantik Dan Akhirnya Menjadi Perhiasan Di dinding
Kawan Jangan Biarkan Dirimu
Umpama Lipan Dan Kala
Berbisa Namun Akhirnya
Menjadi Perhiasan Di Meja Tulis
Oh Kawan
Jadilah Seperti Si Matahari
Membakar Diri
Demi Insan Sejagat
Oh Kawan
Jadilah Seperti Bulan Purnama
Menerangi Malam Yang Gelap Gelita
Menunjukkan Jalan Demi Umat Semesta..
Kawan setiap teguran, setiap nasihat, setiap amarah bukan makna aku benci kamu. Tak terlintas hati ini untuk membenci malah makin sayang. Buruk mana perangai kamu, jahil mana pun kamu, jujur aku katakan jauh di sudut hati aku sayang kamu. Kawan hidup ini sementara, hidup ini terlalu singkat, hidup ini tak lama. Kawan.. sampai mana nilai erti kawan kita? hanya didunia? atau hingga ke syurga? sungguh aku mahu kita berkawan hingga ke jannah. Tapi mampukah aku menarik kalian sama-sama ke jalan ini. Allah sungguh aku tak mampu. Kawan hidup ini sementara, hidup ini terlalu singkat, mari lah kita sama sama bangkit ke jalan Allah ini. Aku ingin bersama kamu hingga ke syurga. Andai ditakdirkan Allah menjemput aku dulu, hanya satu permintaan diri ini.. cukup lah satu ini. Aku nak kamu hidup dengan cara islam yg sebenar benar islam. Tutup lah auratmu dengan sempurna, jagalah ibadah solat dan puasa sebaiknya. Sungguh kawan aku ingin jumpa kamu di syurga. inshaAllah dengan izinnya. |
|
0 Comment:
Post a comment