Remaja, jom jadi seseorang! ≡
Posted on Friday, June 14, 2013 at 8:29 AM
Cuma mungkin masa itu saya belum lagi mengenal apa itu setiap pekerjaan yang hanya kerana ALLAH SWT. Maka, apa yang saya buat semua adalah untuk membuktikan yang saya boleh. Padahal, hakikatnya saya boleh kerana DIA yang mengizinkan untuk saya boleh. Jiwa remaja memang begitu. Saya percaya, kamu juga pernah mengalaminya. Maka, saya menyeru pada remaja, golongan yang sama seperti saya. Jom kita menjadi seseorang. Setidak-tidaknya untuk membantu diri sendiri. Jika kamu nakal, saya pun seorang yang nakal. Jika kamu sukakan hiburan, saya juga menyukai hiburan. Jika kamu sukakan permainan, saya pun dua kali lima sama! Kita ini remaja yang jiwanya penuh dengan kekuatan, harus berfikiran jauh ke hadapan. Berfikir untuk kebaikan masa depan. Kita tidak selamanya akan kekal muda seperti sekarang. Lambat-laun, kita akan menjenguk usia tua yang lemah dan mungkin juga tidak berdaya suatu hari nanti. Namun, apa yang penting, kita sebenarnya tidak tahu bila kita ini akan mati. Maka, seharusnya kita perlu ada persediaan untuk itu. Sahabat, untuk berubah tidak pernah ada istilah terlambat. Jika di hati terdetik niat mahu berubah, maka teruskanlah. DIA akan hantarkan orang baik-baik untuk membimbing dan menyokong usaha kita. Jangan pernah berhanti melangkah. Jangan pernah menyerah. Teruskanlah derap kaki kita. Jom, kita sama-sama? |
|
0 Comment:
Post a comment