THANK YOU ALLAH
Posted on Wednesday, December 26, 2012 at 9:42 PM


Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan godaan syaitan yang meragut jiwa.


SubhanAllah, aku bersyukur yaAllah kerana masih memberi aku peluang untuk bersujud dan bertaubat kepadamu, sesungguhnya terlalu banyak dosa yang aku lakukan sepanjang aku hidup di dunia ini. Aku lalai, aku jahil dengan agamamu. Aku terlalu kejar keseronokkan dunia sehingga aku lupa tentang suruhanmu. yaAllah berdosanya aku.


"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya"
                           (Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)


Di dalam solatku tidak putus-putus aku berdoa agar aku diberi petunjuk di jalan yang benar. Kadangkala, apabila aku ingin menjadi lebih baik, pasti akan dihujani dengan dugaan yang menjerihkan jiwa.

"Ya Allah, Aku amat menyayangimu. Aku memohon kepada mu Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku."

"Bila kita nak berubah, macam macam dugaan dan ujian kita dapat. Tak apa itu maknanya Allah sayangkan kita. Jangan putus asa. Keep calm and pray ;)" yaAllah aku bersedia dengan ujian mu yg bakal mendatang untuk menguji hamba mu ini, sedarkan aku yaAllah saat aku lalai, uji aku yaAllah saat aku lupakan mu dan kuatkan aku untuk berdakwah di jalanmu.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.

Mujahadah boleh diertikan sebagai usaha melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna. Apabila nafsu dapat dikalahkan maka seseorang itu akan  mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.

Alhamdulillah aku mula sedar, sikit demi sikit aku cuba berubah, berkat pertolongan kawan-kawan aku berjaya berubah. Sekarang aku takut kalau terlambat melakukan solat, sekarang aku rajin bangun malam untuk qiamulai, sekarang aku minat membaca tentang islam. Thanks untuk semua yang banyak membantu diri ini. assalamualaikum :)







0 Comment:


Post a comment
« Newer Older »


TOP▲
© 2011-2013 ATIQ KHALISYAH.
Design by Amer Izzat & Powered by Blogger.
Best viewed using Google Chrome with a resolution of 1366 x 667.